Sunday, July 11, 2010

MLM- APA YANG PERLU ANDA TAHU

Barikut adalah beberapa ciri-ciri dan kelebihan MLM yang ANDA perlu ketahui :

  1. Jumlah pelaburan yang rendah - Caj yang nominal untuk menjadi ahli/pengedar iaitu di antara RM30
  2. Risiko yang minimum - Bayaran sebagai ahli yang rendah tidak memberi risiko yang besar untuk memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang tinggi.
  3. Sebagai pekerjaan sampingan - Apakah yang lebih baik daripada memulakan perniagaan secara sambilan selain dapat mengekalkan pekerjaan tetap anda?
  4. Masa yang fleksibel - Perniagaan MLM dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan anda sendiri.
  5. Tidak memerlukan pengalaman atau taraf pendidikan yang khusus - Seseorang yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan juga mampu berjaya sebagai usahawan MLM.
  6. Bekerja Dari rumah - Tidak memerlukan pejabat atau ruang iklan. Anda boleh mengendalikan perniagaan di rumah, malah di dalam kereta sekali pun.
  7. Pembabitan keluarga - Jika anda mementingkan institusi keluarga, babitkan mereka bersama.
  8. Tidak memerlukan pekerja tambahan - Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja.
  9. Berpotensi memperolehi pendapatan tanpa had - Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika mereka “benar-benar” inginkannya.
  10. Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan - Anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti berjaya dalam masa yang singkat.
  11. Kebebasan untuk berpindah - Anda tidak perlu bimbang lagi untuk mencari pekerjaan lain sekiranya anda perlu berpindah ke tempat lain. Bonus anda tetap dihantar di mana sahaja yang dikehendaki.
  12. MLM berteraskan sistem latihan yang komprehensif - Sistem latihan yang merangkumi pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan lazimnya menjadi teras latihan yang akan diajar kepada pengedar-pengedar. Ini merupakan salah satu faedah pembangunan diri yang bakal diperolehi.
  13. Hubungan persahabatan yang berkekalan - Anda akan mempunyai ikatan persahabatan yang berterusan mempunyai perkaitan dan matlamat perniagaan yang sama.
  14. Percutian yang panjang, kerap, bila-bila masa sahaja - Perniagaan ini yang tidak memerlukan masa bertugas yang tetap membolehkan anda merencana percutian anda pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu memohon cuti daripada majikan.
  15. Tabung persaraan - Pendapatan lima angka dan perancangan kewangan yang bijak akan memastikan seseorang itu mempunyai simpanan yang mencukupi ketika waktu persaraan / insentif persaraan disediakan syarikat.

Masa Depan Industri Jualan Langsung @ MLM di Malaysia

Cuba bayangkan kesenangan membeli tanpa mengharungi kesesakan lalu lintas, mencari tempat letak kereta atau beratur panjang untuk menjelaskan bayaran. Jualan langsung @ MLM menyediakan cara yang mudah untuk membeli dan nampaknya kaedah pembelian seperti ini semakin berleluasa. Buktinya ialah empat juta rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang jualan langsung.

Jualan langsung memberikan pengguna pilihan yang sesuai kerana mereka boleh merasa, melihat, mencuba dan membeli dalam keselesaan rumah sendiri. Ditambah pula dengan pelbagai produk yang disediakan menerusi jualan langsung, termasuk makanan tambahan kesihatan, pakaian dalam, barang kosmetik dan produk dandanan diri, kaedah pembelian ini merupakan saluran alternatif yang menarik.

Di Malaysia, industri jualan langsung terbukti dapat bertahan samaada ekonomi sedang pesat berkembang mahupun dalam keadaan gawat.

Laporan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mendedahkan bahawa sewaktu krisis kewangan 1998, perolehan jualan tahunan industri meningkat RM0.6 bilion, pertambahan 19% berbanding 1997 dan apabila ekonomi pesat berkembang pada 2005, industri mencatatkan perolehan jualan RM5.8 bilion, kenaikan hampir 9.4% berbanding perolehan berjumlah RM5.3 bilion pada 2004.

Pada akhir tahun lepas, rekod menunjukkan sebanyak 533 syarikat jualan langsung berdaftar dengan Kementerian.

Jelas bahawa apabila ekonomi pesat membangun, terdapat pemintaan lebih tinggi bagi produk kerana pelangan mempunyai pendapatan boleh guna yang lebih tinggi. Dalam masa-masa yang sukar pula, ramai orang beralih kepada jualan langsung sebagai sumber pendapatan alternatif.

Justeru, jualan langsung diunjurkan akan terus berkembang pesat dan memberikan sumbangan positif kepada ekonomi Malaysia.

Namun, jualan langsung selalu dikaitkan dengan persepsi negatif kerana amalan pengedar yang tidak beretika, kekeliruan antara jualan lansung dan skim piramid, syarikat tidak berlesen yang menjual produk tidak berdaftar dan penjual rakus yang mencari mangsa.

Akibatnya ramai yang was-was apabila berurusan dengan wakil jualan langsung. Seperti kata pepatah, pisang tidak berbuah dua kali. Mangsa skim piramid atau skim cepat kaya akan terasa was-was dan musykil apabila diajak mengusahakan peluang perniagaan baru.

Orang ramai berpendapat bahawa skim pemasaran berbilang peringkat ini satu penipuan dan musykil tentang industri ini tetapi tanggapan mereka sebenarnya salah. Selalunya syarikat yang mereka sertai mendidik pengguna agar mereka sedar bahawa usaha menjayakan perniagaan ini memerlukan kerja keras.

Namun demikian, perangkaan menunjukkan bahawa industri ini terus berkembang maju. Jualan langsung yang dulunya dianggap sebagai satu kerjaya yang diceburi untuk memperolehi pendapatan sampingan kini menarik golongan lebih muda untuk menyertainya kerana mereka mendapati industri ini berdaya maju, selain menyediakan kerjaya alternatif.

Menerusi jualan langsung, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan kecil sendiri. Jualan langsung menawarkan pelbagai manfaat - yuran penyertaan yang rendah, keselamatan dan kestabilan semasa ekonomi gawat, memberi kebebasan dan fleksibiliti untuk bekerja mengikut kemampuan sendiri dan menghasilkan pendapatan sampingan yang membantu meningkatkan taraf hidup seseorang.

Selain itu, ia juga cara bagi seseorang mempelajari selok-belok perniagaan dan kemahiran pengurusan tanpa mengeluarkan belanja yang besar, membina perniagaan yang berdaya maju dengan kaedah jualan yang sudah teruji dan menawarkan pelbagai jenis produk berkualiti. Tambahan lagi, andalah bos dalam perniagaan anda.Tiada apa yang akan diperoleh secara percuma. Jika seseorang sanggup berusaha, maka dia akan berjaya.

Jualan langsung ialah salah satu daripada hanya beberapa peluang perniagaan yang membolehkan setiap orang mencapai kebebasan kewangan. Sikap yang betul dan sifat peribadi seseorang akan menentukan kejayaan dalam bidang ini.

Anda bukan saja perlu bekerja keras tetapi juga berusaha dengan bijak dan penuh bersemangat. Anda harus jatuh cinta dengan perniagaan anda - kerana minat itu menjadi dorongan penting.

Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam industri jualan langsung. Dengan kelonggaran peraturan bagi syarikat jualan langsung, negara ini telah memberi sokongan kepada para peserta menerusi langkah meliberalisasi peraturan perdagangan dan menggalakkan persaingan sihat di kalangan syarikat.

Tambahan lagi, liberalisasi garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing bagi industri telah membuka peluang kepada syarikat jualan langsung asing yang berminat untuk melabur di Malaysia.

Persekutuan Dunia bagi Persatuan Jualan Langsung (WFDSA) mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran jualan langsung ke-11 terbesar di dunia. Negara kita merupakan salah satu daripada pasaran paling pantas berkembang di Asia dan juga di dunia,

Berasaskan perkembangan semasa, masa depan yang cerah menanti industri jualan langsung- Sumber dr blog

PELANCARAN AKADEMI TAIPAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Seluruh warga Taipan Kelantan di persilakan dengan segala hormatnya untuk sama-sama meraikan Majlis Pelancaran Akadami Taipan Kalantan sebagaimana berikut ;

Tarikh : 16 July 2010
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 Pg
tempat: Royal Guest House, KB.

Ramai Pemimpin-Pemimpin Taipan akan bersama dalam majlis tersebut. Masuk adalah percuma. Kepada sesiapa yang ingin mengintai peluang dan ruang juga dipersilakan hadir. Masuk adalah percuma. Go, Go, Go TAIPAN.

Wednesday, July 7, 2010

Sekarang musim Bola Piala Dunia. Laris betul TV LCD Plasma 3D. Semua nak tengok TV besar baru puas hati. Kalau pemain tak dapat sumbat gol, kita sendiri boleh masuk TV tolong sumbat. Paling kurang RM5K kena spare. Tapi bila di ajak biz 5K macam-macam alasan diberi, nak fikir dulu, tak pandai meniaga, tak ada kawan dan seribu alasan lagi. Tak sedar ke alasan tu membuatkan anda semakin jauh dengan kejayaan. Batul lah kata pujangga, meniaga bagi orang Cina macam main mahjung, bagi orang Jepun meniaga macam berperang, bagi orang Arab meniaga samalah seperti berdakwah. Nak ajak orang buat baik bukan senang. Banyak iblis menghasut. Tapi kalau nak buat jahat tak payah fikir pun takpe. Padahal apalah sangat yang ada dengan 5K tu. Pinjam sekejap je pakai buat modal sementara. Boleh pulak menjana pendapatan sepanjang hayat. Alhamdulillah bagi aku dan kekawan yang dah bertapak di sini, Tuhan tak tutup pintu rezeki kami. Rezeki tu kan rahsia Tuhan. Tapi kalau tak usaha mana kan berjaya.

Wednesday, May 26, 2010

KESEPADUAN TERAS KEKUATAN

Roadshow Taipan 5 Jun 2010. Kesepakatan adalah momentum paling kuat melancarkan biz dalam Taipan. Justeru kepada seluruh warga Taipan Kota Bharu Dan Terengganu, jangan lupa menghadirkan diri. Ramai CDM mentor akan membentangkan strategi dan tip khusus untuk biz lebih mendalam dan melebar.

Kepada rakan-rakan yang masih lena,ayuh kita tempah tempat awal-awal. Dengan strategi baru projek TT & TP, market kita lebih mudah. Apa yang penting "kerjaaasama".

Ingat ! Rezeki adalah rahsia Allah. Tugas kita sebagai hamba adalah berusaha, bertawakal dan berdoa. Sebagai leader, anda adalah khalifah yang memimpin group anda secara telus dan tulus.

Go Go Go Taipan.

Thursday, May 13, 2010


Dah lama tak kemaskini blog. Agak busy dengan TTC baru kat Besut. TAIPAN nak beri peluang kepada semua. Kalau TAIPAN tempat lain boleh berjaya kenapa TAIPAN Besut tak ? bukan tak tapi belum. Apa pun dengan bimbingan konsisten, InsyaAllah Taipan Besut akan bergegar. Sekarang ni cuaca panas. teringat pulak masa kat Beijing hari tu. Nak buka mulut pun menggigil.

Dengan strategi baru Terapi Taipan ni, sambutan amat memberangsangkan. Modal kecil, untung besar, produk berasaskan kesihatan. Tu, je keyword. Share lah dengan sesape, prospek nak atau tak kuasa Tuhan. Rezeki tu kan rahsia Allah, apa nak susah. Tapi kalau anda buka peluang kepada 2 rakan tak kan 10 yang memberi jawapan ya. Plan terkini semua orang mampu buat. Asalkan ada kemahuan untuk mengubah kehidupan. Tak perlu bertanya kepada orang lain kerana yang nak berubah adalah kita sendiri. Kalau kita susah tak de la pulak kita tanya kawan, kenapa aku susah ? atau hari-hari kita minta pinjam duit. Kawan pun gerenti tak bagi. Kawan ketawa berlambak kita jumpa. Tapi kawan yang sanggup susah bersama, amat susah. Keluarga pun kalau kita merempat, tak de nya nak bertanya khabar. Tapi kalau kita senang, kau lah adik beradik aku dunia akhirat. Memang duit bukan segalanya. Tapi segalanya perlukan duit.

Binalah tembok keyakinan dalam diri. Yang nak kaya, kita. Yang nak senang pun kita. Istiqomah amat perlu. Meeting jangan di ringankan. Kalau rasa tak de semangat cepat-cepat cari momentum dengan 90 CDM yang ada,. Anda ada Taipan. Jom kita bersama dan bersatu dalam TAIPAN.